Rabu, 8 Disember 2010

Makanan Ringan


Anda gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis ini boleh menjejaskan kesihatan anda.

Ia boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.

Adakah anda selalu makan snek apabila melepak dengan kawan-kawan, atau apabila menonton televisyen?Tabiat seperti ini mungkin menimbulkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda mungkin terlalu kenyang (setelah memakan snek-snek tersebut) hingga tidak dapat makan tengahari atau makan malam yang sempurna.

Kedua, ada sesetengah snek yang terlalu masin (seperti keropok dan kentang goreng), terlalu manis (seperti jeruk dan lolipop) atau terlalu banyak krim atau lemak (seperti kek). Snek-snek seperti ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi tetapi kandungan nutriennya sangat rendah. Jadi, terlalu banyak snek-snek tersebut boleh membesarkan saiz pinggang anda dan membawa petanda buruk untuk kesihatan anda.

Elakkan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi. Gula sederhana seperti gula pasir tidak baik untuk kesihatan gigi dan cepat meningkatkan kadar gula darah. Gantikan dengan makanan dari biji-bijian yang belum dibuang kulit darinya, seperti nasi dari beras merah, jagung, oatmeal, atau roti dari biji gandum. Makanan ini kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang dicerna tubuh dengan lambat, sehingga memberikan tenaga secara berperingkat dan melambatkan peningkatan kadar gula darah. Makanan tersebut juga kaya serat, sumber makanan bagi bakteria ”baik”. Namun ini tidak bermakna anda perlu menjauhi gula sama sekali kerana gula merupakan perasa yang menjadikan makanan dan minuman lebih enak di makan. Cuma berpada dengan makanan yang manis seperti kek, biskut, manisan dan air bikarbonat.Gula-gula, coklat, aiskrim sememangnya seronok apabila dinikmati tetapi, anda perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang dalam gigi anda!





Selasa, 7 Disember 2010

Kesan pengambilan makanan tidak seimbang

Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan

Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi gizi yang tidak seimbang. Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah. Skurvi pula adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dimana tubuh badan akan lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak dan mudah berdarah. Hal ini adalah pembawa kepada serangan sakit jantung serta tekanan darah tinggi dan strok. Akibat pengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu banyak pula lebih berpotensi untuk menghadapi masalah kegendutan. Masalah kegendutan berlaku apabila berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya seterusnya akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon juga berpotensi berlaku Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihan daripada julat normal (kencing terdapat dalam darah manis).

Osteoporosis pula berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah. Sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahap kolesterol dalam darah tinggi. Selain itu kolesterol berlebihan yang terenap pada dinding arteri seterusnya menyempitkan salur darah dan menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah akan menjadi punca kepada penyakit Strok.

Oleh itu, kita hendaklah lebih bijaksana dalam mengatur menu pemakanan harian kita supaya masalah kekurangan gizi makanan serta kesannya dapat kita hindari serta dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

TAHUKAH ANDA!
Serat Menentang Penyakit Jantung

Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.

Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam � semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya�.sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.

Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.

Ahad, 5 Disember 2010

Piramid makanan

Ikuti cara pemakanan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!

Antara kaedah yang paling mudah ialah dengan mengikuti panduan piramid makanan. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan.



(piramid makanan)

Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.

irin

Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.

Sabtu, 4 Disember 2010

Kepentingan makanan seimbang



Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun, ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

(sumber:UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19)