Ahad, 20 Februari 2011
Mulutnya penuh mengunyah makanan. Sekelip mata sahaja dia sudah menyuap makanan lagi ke dalam mulutnya. Mak Limah hanya mampu menggeleng melihat cara Anita makan.Lahap sungguh. Jika tidak mengenalinya pasti akan berfikir bahawa Anita sudah tidak makan berbulan-bulan.
“Mak Limah, Nita mahu nasi lagi. Ayam goreng pun Nita mahu. Mengapa Mak Limah hanya menggoreng dua ketul ayam sahaja, Nita mahu lagi. Cepatlah Mak Limah, mengapa termenung lagi, Nita lapar ni,” Pintanya agak mendesak apabila melihat reaksi Mak Limah yang hanya diam membatu. Terkedu dengan permintaan anak majikannya,namun segera dia mengambilnya, takut-takut melayang semua pinggan mangkuk di atas meja. Begitulah sikap Nita saban hari. Makan minumnya tidak pernah kurang malah berlebihan lagi.Mungkin dia sudah terbiasa dari kecil makan begitu banyak sehinggakan badannya semakin besar dari hari ke hari.Sewaktu umurnya 8 tahun, berat badannya sudah mencecah 70 kilogram. Di sekolah, rakan-rakannya menggelarnya Nita Si Gendut. Namun dia sedikit pun tidak mengendahkan ejekan rakan-rakannya. Baginya sindiran itu tidak seharusnya diambil kira. Selagi masih ada ibu bapa yang menyayanginya semangatnya tidak pernah terganggu.
Selepas makan malam, Datin Sharifah dan suaminya, Datuk Hamdan menonton Buletin Utama sambil berbincang tentang urusan mereka di luar negara.Mereka perlu berangkat ke California untuk beberapa hari bagi menyelesaikan masalah perniagaan mereka di sana.Masalahnya ialah Anita.
“Anita,lusa ibu dan ayah akan berangkat ke California untuk urusan pekerjaan.Mak Limah juga akan pulang ke kampung pada hari esok kerana adiknya sakit. Jadi ibu dan ayah bercadang mahu menghantar kamu ke kampung Opah di Pekan. Kamu perlu tinggal di sana untuk beberapa hari sehingga urusan kami selesai.” Datin Sharifah memulakan perbicaraan setelah berbincang dengan suaminya. Anita yang sedang menyuap aiskrim vanila ke dalam mulutnya terhenti.Lama dia berkeadaan begitu, baru dia membuka mulutnya.
“Anita tidak mahu ibu,takkanlah ibu tidak tahu Nita tidak suka pulang ke kampung.Nita nanti hanya akan dihina dan diejek hanya kerana badan Nita yang gemuk gedempol ini.Nita tiada kawan di sana.Tiada orang yang mahu berkawan dengan Nita apatah lagi bermain dengan Nita.Ibu Nita tidak mahu.”pinta Nita seakan merayu.
“Nita, kamu tidak boleh begini. Lagipun kamu sudah lama tidak pulang ke kampung Opah . Kamu hanya perlu tinggal di sana untuk beberapa hari. Takkanlah kamu mahu tinggal di rumah ini seorang diri. Tiada siapa mahu menjaga kamu, mengurus makan minum kamu, melayan kerenah kamu yang manja itu,” Ujar Datin Sharifah dengan nada seakan memujuk berharap Nita akan bersetuju dengan cadangannya. Nita hanya mengangguk setuju setelah mendengar kata-kata ibunya bahawa tiada sesiapa yang akan mengurusnya. Datuk Hamdan hanya tersenyum senang melihat reaksi anak tunggalnya itu.
**************************** ***** *******************************
Setelah Datuk Hamdan dan Datin Sharifah hilang dari pandangan, Nita dan Opah naik ke rumah untuk mengemas barang-barang . Usai saja mengemas dan membersihkan diri, Nita turun ke dapur untuk makan malam setelah dipanggil oleh Opah. Cepat saja dia bergerak kerana perutnya sudah memainkan lagu berirama pop rock. Makan malam disediakan agak lambat, maklumlah Opah hanya tinggal berseorangan dirumah itu. Sejak Tuk Awi meninggal dunia empat tahun lalu, kak Lindalah yang tinggal bersama dengan Opah, namun setelah dia mendapat tawaran di luar negara,Opah tinggal berseorangan. Hampir lima minit Nita duduk di meja makan tanpa menjamah sedikitpun makanan yang dihidangkan walaupun perutnya sudah menjerit minta diisi. Opah perasan akan tingkah laku Nita yang tidak senang duduk.
“Mengapa kamu tidak makan makanan itu Anita? Kamu tidak suka dengan apa yang Opah sediakan untuk kamu,” Opah bertanya kepada Anita yang tidak menunjukkan minat untuk menjamah makanan di hadapannya.
“Opah, mengapa makanan yang Opah sediakan semuanya sayur berwarna hijau? Kenapa tidak ada ayam goreng,telur goreng,ayam panggang,ikan bakar,” Anita bertanya dengan nada bersahaja.
“Oh, itukah yang kamu fikirkan dari tadi sehingga tidak mahu menjamah makanan ini. Malam ini Opah sediakan makanan berunsurkan ulam-ulaman. Ada empat jenis ulam yang Opah sediakan malam ini. Ada petai, yang daunnya pipih bulat itu pucuk pegaga,yang ini ulam raja. Kalau diambil bahagian pucuk lagi sedap. Ini pula mentimun,takkanlah kamu tidak kenal timun. Kamu tidak pernah makan ulamkah? Ulam ini baik untuk kesihatan. Macam sayur-sayuran ada khasiat tersendiri.’’ Opah menerangkan satu-persatu kepada Nita.
“Jadi Opah ni tergolong dalam vegeterian ke?” Nita masih tidak menjamah makanannya.
“Kalau Opah ni vegetarian pun bagus juga. Bukankah vegetarian itu kurang kemungkinan untuk mendapat kanser sebanyak 25% hingga 50% kalau kamu nak tahu. Opah ni sudah tua Nita,pemakanan harus dijaga.Tapi , bukan tunggu usia sudah senja baru nak menjaga pemakanan, sepatutnya sejak kecil lagi sudah mengamalkan pemakanan seimbang supaya penyakit tidak mudah singgah. Nita nak tahu, orang dahulu mati kerana tak cukup makan tapi orang sekarang ni mati sebab terlebih makan. Nita jangan jadi macam tu tau. Kena jaga pemakanan, baru badan sihat.Opah tengok badan kamu macam sudah terlebih isi saja.”Ucap Opah sambil tergelak. Lagak percakapan seorang guru masih belum pudar dalam dirinya. Dia sering menasihati Anita tentang bentuk badannya. Anita hanya tersenyum mendengar kata-kata Opah.
Tepat jam 8.00 pagi,Anita dan Opah bersiap untuk pergi ke kebun di belakang rumah Opah seperti yang dirancang oleh mereka selepas makan malam. Pelbagai sayuran yang ditanam oleh Opah. Sedang Opah sibuk menerangkan jenis-jenis sayur yang ditanam di kebunnya,tiba-tiba pandangan Nita berpinar-pinar,gelap dan berpusing.Dunia Anita menjadi gelap-gelita. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Opah yang berada di hadapannya menjadi kelam-kabut melihat Anita yang tiba-tiba pengsan. Dia sudah mati akal memikirkan bagaimana caranya untuk mengangkat Anita pulang dengan fizikalnya yang besar itu.Tanpa berlengah,Opah segera meminta bantuan penduduk kampung yang berhampiran untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
“Ya Allah, Kau selamatkanlah cucuku ini,dia masih muda dan banyak lagi yang perlu diterokai olehnya.Mengapa Kau berikan kepadanya penyakit sebegini rupa.” Opah berdoa kepada Tuhan yang Esa dengan linangan air mata di pipi.Nasi sudah menjadi bubur, seandainya Nita menjaga cara pemakanannya, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku kepadanya. Linangan air matanya semakin laju apabila dia membuka lipayan ingatannya mengenai kata-kata doktor Zarif sewaktu di Hospital.
‘Maafkan saya, adakah mak cik ini keluarga Anita?.Saya ingin memberitahu makcik bahawa Anita menghidap penyakit diabetes dan obesiti. Berdasarkan ujian yang pihak kami lakukan, kami mendapati Anita tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan makan makanan manis yang terlampau kerana paras gula dalam badannya tinggi.Selain itu,diabetes yang disebabkan oleh berat badan berlebihan merosakkan salur darah dan membawa kepada kerosakan banyak organ dalaman badan. Berat badannya jelas menunjukkan bahawa Anita mengalami masalah obesiti.Dia pengsan pun kerana pitam kerana tidak mampu untuk berdiri terlalu lama. Tetapi,mak cik kita boleh mengatasi masalah yang dialami oleh Nita dengan mengawal cara pemakanannya dan juga menggalakkannya untuk bersenam. Saya ingin memperkenalkan kepada mak cik satu kaedah yang boleh membantu Anita iaitu The weight Management Information Center(WMIC)yang ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa yang panjang.’ Doktor Zarif memberitahu Opah mengenai keadaan Anita satu persatu dengan tenang.Terkedu Mak Limah mendengar kata-kata yang lahir dari mulut doktor muda itu.Anita mempunyai penyakit padahal umurnya baru mencecah 13 tahun.
“Nita benci Opah,Ibu tak pernah marah Nita kalau Nita makan banyak.Nita nak makan apa-apa pun ibu tak pernah halang.Kenapa Opah sibuk dengan apa yang Nita makan.Nita punya sukalah nak makan apa-apa yang Nita suka.”Marah Nita dengan nada yang sebal dan kesal.Habis semua barang-barang di biliknya bersepah akibat perbuatan Nita.
“Kenapa dengan kamu ni,Opah cuma nak bantu kamu pulihkan penyakit,kenapa fikir yang bukan-bukan.Memanglah ibu bapa kamu tidak marah kerana mereka itu sibuk bekerja sampai tidak ada masa untuk kamu dan kamu harus ikut cakap Opah kalau kamu mahu sembuh.”Ucap Opah agak tegas membiarkan Nita yang sedang menangis.Mungkin terkejut dengan nada Opah yang tiba-tiba berubah.
Malam itu Nita tidak kelur dari biliknya.Merajuk dengan Opah.Sifatnya yang manja itu menyebabkan dirinya terlalu sensitif dan tidak boleh ditegur.Sudah berkali-kali Opah cuba untuk memujuknya,namun tiada sebarang perkembangan.
Sudah seminggu Anita berada di kampung Opah dan sikapnya terhadap Opahnya tetap dingin. Jika ditanya sepatah,sepatahlah yang dijawabnya. Mungkin kerana Opah menyediakan hidangan yang tidak diminati oleh Anita.Sayuran segar,ulam buah-buahan minuman kurang gula dan yang paling dia tidak tahan adalah dia harus menelan semua ubat yang diberikan doktor.Apakan daya jikalau dirinya sudah lapar ditelan saja makanan yang Opahnya sediakan.Ibu bapanya akan pulang pada hari ini.Anita sudah tidak sabar hendak pulang kerumah.Dia berada kurang selesa dengan keadaan di kampung.Lain cerita dengan Opah,Opah sangat runsing memikirkan bagaimana hendak memberitahu ibu bapa Anita mengenai penyakit yang dihidapi oleh Anita.Rancangannya ingin mengikut mereka pulang ke Kuala Lumpur untuk terus mengawasi pemakanan Anita.Maklumlah ada ibu bapa pun sibuk semedang.Malam itu juga mereka bertolak ke Kuala Lumpur.Opah telah memberitahu anaknya mengenai penyakit Anita.
“Apa mak,mengapa mak tidak terus beritahu Ifa tentang penyakit Anita,kenapa baru sekarang.Memang kami sibuk tapi sekurang-kurangnya kami dapat tangguhkan kerja kami untuk Anita.Dia satu-satunya anak kami mak.Kami sayang dia.”ujar Datin Sharifah dalam tangisan yang tidak dapat ditahan.Sayu dan pilu meragut hatinya mendengar khabar anaknya menghidap penyakit yang boleh meragut nyawa jika dibiarkan.Dalam hatinya mengakui kesalahan mereka tidak mendidik Anita untuk mengamalkan pemakanan sihat dari kecil lagi.
Sudah seminggu Opah tinggal bersama Anita dan bermakna sudah seminggu jugalah Anita terpaksa menjalani kehidupan baru sebagai seorang kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat. Walaupun kadang-kala Anita akan mengamuk kerana dia ingin makan makanan yang selalu dimakannya dahulu. Pernah sekali dia memuntahkan makanan yang dimakannya kerana tekaknya masih belum boleh menerima makanan yang disediakan oleh Opah. Setiap hari dia akan memarahi Opah walaupun dia tahu Opah tidak bersalah.Ada saja kesalahan Opah yang dicarinya. Baginya Opahlah yang menyebabkan dirinya tidak dapat menikmati makanan kegemarannya lagi. Anita juga sudah tidak boleh makan pada waktu malam kerana Opahnya pernah berkata bahawa kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan ini akan membuatkan lemak lebih mudah berkumpul dan menjurus kepada kegemukan. Bukan itu sahaja Anita juga harus bersenam kerana aktiviti bergerak membuatkan otot menjadi aktif dan penting bagi membolehkan hormon dan enzim dalam darah terhasil sekaligus dapat membakar lemak dalam badannya.
Suatu hari Anita merengek mahu makan aiskrim. Kali ini dia nekad mahu makan aiskrim sama ada Opah mahu memarahinya atau mengurungnya. Dia meminta Opah membelikannya aiskrim dihadapan rumah,ada gerai yang menjual aiskrim di sana. Hendak menyuruh Mak Limah,orangnya ke pasar.Tetapi Opah telah menolak dengan keras.
“Kalau Opah tidak mahu membelikannya, Nita boleh beli sendiri.”Teriak Nita sambil berlari keluar. Opah yang terkejut dengan tindakan drastik Nita turut berlari mengejar Nita yang sudah berada di pintu. Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan Nita berlari kearah gerai tersebut. Opah tersentak apabila ada kereta Perodua Myvi yang meluncur laju ke arah Nita dan tanpa sempat berkata apa-apa...Baaangggg!!!jeritan Nita dan Opah menjadi satu. Darah pekat mengalir tanpa henti. Pemandu kereta tersebut kelihatan gugup dan kelam kabut. Sememangnya dia tidak perasan ada seorang budak berlari melintas jalan apatah lagi kereta mempunyai inersia yang besar,mengambil masa jika mahu berhenti. Orang ramai mula mendekati dan mengerumuni kawasan berkenaan.Selang beberapa minit , ambulans datang dan membawa mangsa kemalangan ke hospital.
Suasana di wad ICU Hospital Kuala Lumpur sepi.Hanya kedengaran bunyi tangisan yang bergema.Setelah dua jam menunggu akhirnya doktor keluar dengan wajah yang sukar di tafsir.
“Bagaimana doktor,adakah dia selamat? Datin Sharifah bertanya dengan suara yang serak basah akibat terlalu banyak menangis.Matanya sudah bengkak.Datuk Hamdan di sisinya cuba menenangkannya.Dia juga turut merasa terkejut dengan berita yang diterimanya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Maafkan saya, pihak kami telah sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa tetapi pendarahan dalaman yang berlaku di bahagian rusuk dan kecederaan di kepalanya menyebabkan mangsa tidak dapat diselamatkan. Pihak kami ingin mengucapkan takziah keatas kematiannya.”Dengan tenang doktor itu memberitahu,mungkin sudah biasa dengan keadaan yang serupa lalu berlalu pergi.Tanpa dapat dikawal air mata setiap orang berada di situ mengalir.Di penjuru bilik itu seseorang sedang duduk termenung.Tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya yang bengkak menunjukkan dia amat merasai kehilangan.
“Maafkan Nita Opah, kalau Nita dengar cakap pasti Opah belum mati lagi.Nita yang sepatutnya mati dahulu, bukan Opah. Nita jahat,Nita degil,Nita tak dengar cakap.Nita memang budak tak guna. Maafkan Nita Opah.” Dengan nada yang sayu Anita mengucapkan kata-kata tersebut.Datin Sharifah yang mendengar ucapan Nita menghampiri dan memujuknya.
****************************************************************************************
*Tiga tahun sudah berlalu.
Usai membacakan Yasin untuk Opah, Nita duduk di beranda. Mengenang segala kenangan bersama Opah.
“Kenapa ni Nita,”Tegur ibunya yang sudah duduk di sebelahnya.Sejak kematian Opah, Nita menjadi seorang budak yang mendengar kata dan baik budi pekertinya.Sejak itu jugalah dia berusaha melawan penyakitnya yang pernah difikirkannya tidak akan sembuh. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih . Kini dia mempunyai bentuk badan yang ideal dan normal seperti insan lain yang sihat. Semua hanya kerana nasihat dan petua Opah sebagai pembakar semangat untuknya berubah. Ibu bapanya juga banyak memberikan semangat dan dorongan untuknya. Mereka juga banyak meluangkan masa bersama Anita.
“Anita minta maaf Opah, Anita janji akan jaga pemakanan Nita, Nita takkan nakal lagi. Nita tahu Nita banyak buat salah dengan Opah. Nita akan lawan penyakit yang Nita hadapi sekarang dengan berbekalkan nasihat dari Opah.semangat dari Opah dan ketabahan yang Opah ada. Opah tolong berkati segala yang Opah dah bagi kat Nita. Terima kasih sebab buat Nita sedar bahawa pemakanan itu penting untuk kesihatan kita.’Suasana dan setiap insan yang berada di kubur itu diselubungi rasa sayu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Anita yang sedang tersedu-sedan.
Lama dia berdiam diri. Sekadar senyuman diiringi linangan air mata diberikan kepada ibunya. Ibunya yang memahami perasaan Nita segera mengusap bahunya. Dalam hati, Datin Sharifah memanjat kesyukuran dengan perubahan positif Anita dan penyakitnya yang berjaya dilawan. Semoga Anita tidak akan melupakan jasa Opah terhadap dirinya. Semoga roh Opah dicucuri rahmat dan mendapat keredaan dari-Nya. Semoga Anita akan lebih bersemangat dalam menghadapi masa-masa akan datang. Kerana Opahlah Nita berusaha untuk berubah dan melawan penyakitnya. Terima kasih Opah.
Jumaat, 4 Februari 2011
# Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
# Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
# Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
# Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
# Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
# Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
# Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
# Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
# Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
# Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
# Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
# Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT......
pengenalan pemakanan sihat
Khamis, 27 Januari 2011
Jumaat, 10 Disember 2010
Rabu, 8 Disember 2010
Makanan Ringan
Anda gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Ia boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.
Adakah anda selalu makan snek apabila melepak dengan kawan-kawan, atau apabila menonton televisyen?Tabiat seperti ini mungkin menimbulkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda mungkin terlalu kenyang (setelah memakan snek-snek tersebut) hingga tidak dapat makan tengahari atau makan malam yang sempurna.
Kedua, ada sesetengah snek yang terlalu masin (seperti keropok dan kentang goreng), terlalu manis (seperti jeruk dan lolipop) atau terlalu banyak krim atau lemak (seperti kek). Snek-snek seperti ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi tetapi kandungan nutriennya sangat rendah. Jadi, terlalu banyak snek-snek tersebut boleh membesarkan saiz pinggang anda dan membawa petanda buruk untuk kesihatan anda.
Elakkan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi. Gula sederhana seperti gula pasir tidak baik untuk kesihatan gigi dan cepat meningkatkan kadar gula darah. Gantikan dengan makanan dari biji-bijian yang belum dibuang kulit darinya, seperti nasi dari beras merah, jagung, oatmeal, atau roti dari biji gandum. Makanan ini kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang dicerna tubuh dengan lambat, sehingga memberikan tenaga secara berperingkat dan melambatkan peningkatan kadar gula darah. Makanan tersebut juga kaya serat, sumber makanan bagi bakteria ”baik”. Namun ini tidak bermakna anda perlu menjauhi gula sama sekali kerana gula merupakan perasa yang menjadikan makanan dan minuman lebih enak di makan. Cuma berpada dengan makanan yang manis seperti kek, biskut, manisan dan air bikarbonat.Gula-gula, coklat, aiskrim sememangnya seronok apabila dinikmati tetapi, anda perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang dalam gigi anda!
Selasa, 7 Disember 2010
Kesan pengambilan makanan tidak seimbang
Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi gizi yang tidak seimbang. Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah. Skurvi pula adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dimana tubuh badan akan lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak dan mudah berdarah. Hal ini adalah pembawa kepada serangan sakit jantung serta tekanan darah tinggi dan strok. Akibat pengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu banyak pula lebih berpotensi untuk menghadapi masalah kegendutan. Masalah kegendutan berlaku apabila berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya seterusnya akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon juga berpotensi berlaku Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihan daripada julat normal (kencing terdapat dalam darah manis).
Osteoporosis pula berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah. Sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahap kolesterol dalam darah tinggi. Selain itu kolesterol berlebihan yang terenap pada dinding arteri seterusnya menyempitkan salur darah dan menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah akan menjadi punca kepada penyakit Strok.
Oleh itu, kita hendaklah lebih bijaksana dalam mengatur menu pemakanan harian kita supaya masalah kekurangan gizi makanan serta kesannya dapat kita hindari serta dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Serat Menentang Penyakit Jantung
Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam � semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya�.sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.
Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.