Rabu, 8 Disember 2010

Makanan Ringan


Anda gemar melepak di restoran makanan segera, kan? Berhati-hati dengan apa yang anda makan di sana! Terdapat sesetengah makanan segera yang berlemak tinggi, tapi kurang zat karbohidrat dan serat. Terlalu banyak makanan jenis ini boleh menjejaskan kesihatan anda.

Ia boleh menyebabkan anda berlebihan berat badan, atau obes. Ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit merbahaya seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi atau diabetes apabila anda meningkat usia. Penyakit-penyakit seperti ini akan menghancurkan segala peluang anda untuk menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.

Adakah anda selalu makan snek apabila melepak dengan kawan-kawan, atau apabila menonton televisyen?Tabiat seperti ini mungkin menimbulkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda mungkin terlalu kenyang (setelah memakan snek-snek tersebut) hingga tidak dapat makan tengahari atau makan malam yang sempurna.

Kedua, ada sesetengah snek yang terlalu masin (seperti keropok dan kentang goreng), terlalu manis (seperti jeruk dan lolipop) atau terlalu banyak krim atau lemak (seperti kek). Snek-snek seperti ini mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi tetapi kandungan nutriennya sangat rendah. Jadi, terlalu banyak snek-snek tersebut boleh membesarkan saiz pinggang anda dan membawa petanda buruk untuk kesihatan anda.

Elakkan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi. Gula sederhana seperti gula pasir tidak baik untuk kesihatan gigi dan cepat meningkatkan kadar gula darah. Gantikan dengan makanan dari biji-bijian yang belum dibuang kulit darinya, seperti nasi dari beras merah, jagung, oatmeal, atau roti dari biji gandum. Makanan ini kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang dicerna tubuh dengan lambat, sehingga memberikan tenaga secara berperingkat dan melambatkan peningkatan kadar gula darah. Makanan tersebut juga kaya serat, sumber makanan bagi bakteria ”baik”. Namun ini tidak bermakna anda perlu menjauhi gula sama sekali kerana gula merupakan perasa yang menjadikan makanan dan minuman lebih enak di makan. Cuma berpada dengan makanan yang manis seperti kek, biskut, manisan dan air bikarbonat.Gula-gula, coklat, aiskrim sememangnya seronok apabila dinikmati tetapi, anda perlu menjaga berapa banyak yang anda makan, kerana terlalu banyak makanan manis seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan manis terdiri daripada gula ringkas, jadi ia mudah menyebabkan berat badan anda meningkat. Snek manis dan bergula juga boleh merosakkan gigi anda. Bayangkan diri anda dengan lubang-lubang dalam gigi anda!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan